Reaksi balas UMNO Kenyataan perkauman Ahmad Ismail

Timbalan Presiden UMNO

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak secara terbuka memohon maaf bagi pihak UMNO. Presidennya Abdullah pula menjelaskan bahawa pendirian UMNO adalah jelas tidak sedemikian. Jika sayangkan negara, semua pihak mestilah berhenti memainkan isu perkauman. Malangnya Ahmad Ismail masih enggan memohon maaf. Beliau lambat menjawab tuduhan kerana mengetuai kontinjen sepak takraw ke Bangkok.

Pemangku Pengerusi Parti Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berterima kasih atas pendirian pemimpin UMNO. Koh Tsu Koon membangkitkan dendam Ahmad Ismail yang tidak dilantik semula sebagai Exco Pulau Pinang setelah tempoh 4 tahun berakhir. Gerakan juga akan keluar dari Barisan Nasional Gerakan dipersalahkan dan dibebani dengan isu sebegini.Dalam Perhimpunan Wanita MCA Selangor ke-33 di Wisma MCA, Wanita MCA Selangor , Datin Paduka Chew Mei Fun menjelakan bahawa orang Cina banyak menyumbang kepada kepesatan ekonomi negara ini.

Ahmad Ismail menyalahkan wartawan dan akhbar Sin Chew Jit Poh yang melaporkan ucapannya tanpa konteks yang sebenar. Ketua Pengarang Sin Chew Daily iaitu Pook Ah Lek menyatakan taktik menyalahkan media adalah helah bela diri ahli politik. [2]

UMNO Pulau Pinang

13 ketua bahagian UMNO Pulau Pinang hadir di Menara UMNO, George Town. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah mahu masyarakat Cina tidak melupakan fakta sejarah, kontrak sosial yang telah dipersetujui. [3] Orang Melayu juga terkilan dengan isu masuk Kristian sebaliknya bukan Melayu membangkitkan isu memeluk Islam.

Datuk Zainal Abidin Osman menyatakan bahawa Umno Pulau Pinang akan menyediakan barisan peguam untuk membela Ahmad sekiranya beliau didakwa di mahkamah.

Rujukan

WikiPedia: Kenyataan perkauman Ahmad Ismail http://kudaranggi.blogspot.com/2008/09/antara-pend... http://ensiklopedia-malaysia.jbdirectory.com/Penda... http://www.klpos.com/news/2008/09/05/9.html http://www.malaysiakini.com/doc/ahmad_ismail_stm_2... http://www.malaysiakini.com/news/89438 http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news_lite.... http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms... http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms... http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms...